Ummu ‘Umarah R.ha


Ummu ‘Umarah R.ha atau dikenal juga sebagai Ummu Sulaim R.ha telah dirahmati dengan berbagai kehormatan, diantaranya adalah kehadiran beliau di Uhud, al-Hudaibiyyah, Khaibar, Hunain, dan Perang Yamamah. Namun peranan beliau yang paling mulia adalah ketika Perang Uhud.

Ummu ‘Umarah R.ha telah menyertai peperangan tersebut bersama suaminya, Ghaziya, berserta dua orang anak laki-laki beliau. Tugas yang dipertanggung jawabkan atas beliau adalah untuk memberi air kepada para Mujahid yang cedera. Akan tetapi Allah Swt telah menetapkan satu peran yang lebih besar dan mulia untuk beliau. Maka beliau pun mengatur langkah bersama-sama dengan keluarga beliau dengan sebuah Qirbah (tempat air terbuat dari kulit kambing) untuk mengisi air. Mereka tiba di medan perang pada awal pagi hari. pasukan Islam, ketika itu, sedang menguasai peperangan dan beliau pergi melihat keadaan Rasulullah Saw. Pada saat yang bersamaan sejumlah pasukan Islam telah membuat satu kesilapan yang teramat besar – melihat pasukan Quraisy mundur, mereka mulai berlari-berkejaran mendapatkan harta-benda rampasan perang, dan melanggar perintah Rasulullah Saw supaya tetap di posisi mereka di atas bukit.

Khalib bin Walid, (yang ketika itu belum lagi memeluk Islam), ketika melihat benteng pertahanan yang telah terbuka itu kemudian memimpin serangan balasan atas pasukan Islam. Kemenangan peperangan beralih kepada pihak Quraisy. Dalam suasana kalang kabut itu, banyak dari kalangan pasukan Islam panik dan mundur, meninggalkan Rasulullah Saw bersama-sama sekumpulan kecil para Sahabat R.a . Dikalangan mereka ini termasuklah Ummu ‘Umarah R.ha.

Melihat ramai dari kalangan pasukan Islam yang mundur, Ummu ‘Umarah R.ha kemudian berlari ke arah Rasulullah Saw dan mengangkat senjata demi mempertahankan baginda Saw, bersama-sama dengan suami dan kedua anak lelakinya. Rasulullah Saw menyadari yang Ummu ‘Umarah R.ha tidak mempunyai perisai kemudian baginda Saw memerintahkan kepada salah seorang dari mereka yang sedang mundur supaya memberikan perisainya kepada Ummu ‘Umarah R.ha yang sedang bertarung. Setelah mendapat perisai tersebut, Ummu ‘Umarah R.ha mempertahankan Rasulullah Saw menggunakan busur, anak panah, dan juga pedang.

Ummu ‘Umarah R.ha diserang oleh pasukan berkuda tetapi beliau tidak sekalipun gentar atau merasa takut. Beliau kemudian telah berkata, “Apabila mereka itu tidak berkuda seperti kami, niscaya telah kami hancurkan mereka, insya-Allah.”
Abdullah ibn Zayed, anak lelaki beliau, telah mengalami cedera ketika peperangan tersebut. Lukanya itu mengeluarkan darah banyak sekali. Ibunya berlari kepadanya dan membalut lukanya itu. Kemudian Ummu ‘Umarah R.ha memerintahkan anak lelakinya itu, “Majulah dan perangi mereka, anakku!”
Rasulullah Saw mengagumi semangat pengorbanan beliau dan telah memuji beliau, “Siapakah yang dapat menanggung apa yang kamu mampu tanggung, Ummu ‘Umarah!”
Tiba-tiba lelaki yang telah melukai anak lelakinya mendekat dan Rasulullah Saw berkata kepada beliau bahwa inilah lelaki yang melukai anaknya. Ummu ‘Umarah R.ha dengan berani menantang lelaki tersebut, yang menurut anak Ummu ‘Umarah R.ha sendiri, adalah seperti pohon perdu yang besar. Ummu ‘Umarah R.ha berhasil melukai kaki musuhnya itu, menjatuhkannya sehingga berlutut. Rasulullah Saw tersenyum sehingga menampakkan gigi baginda Saw dan berkata, “Kamu telah membalasnya, Ummu ‘Umarah!”
Setelah lelaki tersebut dibunuh, Rasulullah Saw kemudian berkata “Segala puji bagi Allah Swt yang telah memberikan kamu kemenangan dan menggembirakan kamu atas musuh kamu dan mengizinkan kamu dapat menuntut balas.”

Pada satu ketika, Rasulullah Saw tertinggal seorang diri. Melihat peluang keemasan itu, pihak musuh, Ibn Qumay’a segera menyerang Rasulullah Saw sambil menjerit “Tunjukkan Muhammad padaku! Aku takkan selamat sekiranya dia diselamatkan!”.
Kemudian Mus’ab ibn ‘Umayr R.a, bersama-sama dengan beberapa orang sahabat yang lain, bergegas mempertahankan Rasulullah Saw. Ummu ‘Umarah R.ha yang turut bersama-sama dengan mereka terus menebas musuh Allah Swt itu, walaupun dia memakai dua lapis baju besi. Ibn Qumay’a berhasil melukai bagian leher Ummu ‘Umarah R.ha, dan meninggalkan luka yang parah. Rasulullah Saw terus memanggil anak lelaki Ummu ‘Umarah R.ha, memerintahkannya membalut luka ibunya sambil mendo’akan kerahmatan dan kesejahteraan atas mereka dan menyatakan kemuliaan mereka.
Ummu ‘Umarah rha ketika menyadari bahwa Rasulullah Saw menyukai kesungguhan dan keberanian beliau, kemudian meminta Rasulullah Saw supaya berdo’a agar mereka dijadikan Allah Swt di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah Saw di syurga nanti. Setelah Rasulullah Saw berdo’a, Ummu ‘Umarah R.ha kemudian berkata, “Aku tidak pedulikan apa saja yang menimpaku di dunia ini!”
Pada hari tersebut, Ummu ‘Umarah R.ha menerima tiga belas luka dan luka di lehernya yang terpaksa dirawat selama setahun.

Beliau kemudiannya juga menyertai Peperangan Yamamah, dimana beliau menerima sebelas luka dan kehilangan tangan. Keberanian Ummu ‘Umarah R.ha menyebabkan semua para Sahabat R.a menghormati beliau, terutama para Khalifah yang akan mengunjungi beliau dan senantiasa memperhatikan keadaan beliau. Umar ibn Khattab R.a telah menerima kain-kain sutera yang sangat bagus buatannya. Salah seorang yang berada disitu berkata bahwa kain tersebut sangat mahal dan Umar Ibn Khattab R.a sebaiknya memberikannya kepada isteri Abdullah ibn Umar R.a, Safiyya bint Abu ‘Ubayd.
Umar Ibn Khattab R.a walau bagaimanapun tidak mau memberikan kain tersebut kepada menantunya. “Ini adalah sesuatu yang tidak akan kuberikan kepada ibn Umar. Aku akan berikan kepada seseorang yang lebih berhak atasnya – Ummu ‘Umarah Nusayba bint Ka’b R.ha.”
Umar Ibn Khattab R.a kemudian menceritakan bagaimana ketika Peperangan Uhud, beliau mendengar Rasulullah Saw berkata bahwa apabila baginda Saw melihat ke kiri maupun ke kanan, baginda melihat Ummu ‘Umarah R.ha sedang bertarung dihadapan baginda Saw.

Inilah kehidupan Ummu ‘Umarah R.ha, pejuang yang tetap berdiri ketika ramai banyak yang mundur, yang menyuruh anaknya yang cedera parah kembali menyertainya dalam peperangan yang sengit, dan yang siap menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan Rasulullah Saw. Sebagai balasan, beliau menerima do’a agar dijadikan di kalangan sahabat Rasulullah Saw kelak di syurga.
Semoga Allah Swt merahmati para Muslimah kita dengan keberanian, semangat pengorbanan dan istiqamah yang sedemikian.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s